15.9.10

syawal 1431H

sudah lama tak bercerita dekat sini.sampai sekarang baru nak wish
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
aku menyusun 10 jari ini untuk meminta maaf,jika ada perbuatan aku nie telah meyinggung perasaan atau menyakitkan hati korang.kosong kosong ok.tahun ni.first time,kita orang beraya tanpa nenek di pagi syawal.dia telah pulang ke rahmahtullah pada 7 ogos 2010.sebulan 2 hari sebelum syawal pada tahun nie.aku tersangat-sangat terkilan.mana tak ye,pada pagi 7 ogos tue.aku dengan alin,ainie dan kina.telah berpicnic dekat bagan lalang.tapi aku macam dapat satu tarikan untuk balik ke melaka pada minggu tue tapi disebabkan nak picnic punya pasal,tak de ye aku pikir pasal nak balik melaka.aku dapat tahu lambat sebab handphone tak de dekat tangan aku.ye lah aku pun bukanye berkepit dengan handphone 24 jam.pukul 4.30..ainie pun bg phone aku yang aku tinggal dekat dalam khemah kitaorang tue.then aku tengok banyak sangat misscall nie.aku pun call kak ni balik,tapi die tak angkat pun.then,encik nasir ade jugak hantar mesej'nenek dah meninggal'pergh,berderau kot darah time nie.jantung rase macam nak terkeluar dari badan nie.dari bagan terus kitaorang pecut balik melaka.tapi apakan daya aku.nenek dah dikebumi.tak sempat nak menziarahye.aku takdelah menangis macam ape,tapi au terkilan sebab tak dapat lihat dia di last-last waktu ye di muka bumi.conclusion..sila berkepit dengan phone,jangan main campak je'macam aku le tue'..sedih tapi seminggu sebelum tue aku sempat ziarah dia di hospital,sempat jugak lah cium tangan die.kak yah rindu nenek.wah dah menyimpag tau cerita.so,tahun nie jugak lah aku first time menziarah kubur atuk nenek aku.walaupun dah 9 tahun atuk meniggal kan kitaorang.abah tak pernah bawa pergi kubur.abah kata baca yassin kat rumah pun sampai juga dekat sana.sangat sayu lah raya tahun nie yang best ye,abidi dengan kak ni raya melaka tahun nie.ye lah dieorang kan dah berkeluarga.dan yang penatye,adik beradik abah serbu rumah kitaorang.sangat penat,tak sempat nak duduk depan.ye lah abah anak first.dan yang kelakar ye,ketupat 50 biji je.tak sampai tengah hari dah habis.nasib ade ketupat palas.tolong coverkan.dan yang tak best ye,tak sempat nak bergambar baju raya.busy katakan.dan yang paling sentap tahun nie,duit raya makin berkurangan.haha..apa-apapun,aku nak ucapkan selamat hari raya walaupun dah terlambat.

31.7.10

cite yang kibut

dah lama tak upload gambar sebanyak ini.sebenarye banyak lagi,hampir 3++ tapi gambar yang telah di edit je dimasukkan.bukan sebab nak market.ok.rancangan kitaorang memang dramatik gile.nie gara-gara tengok gambar kat satu blog nie.terus terpikat entry broga hill die.aku dengan alin search google map,nak tengok jalan katakan.bila masa dah sampai,try call kereta sewa.salah kitaorang juga,x booking awal-awal.semua macam haram.masa tue rasa macam down sikit la.ye lah excited gile nak pergi tempat-tempat nie.tetibe pukul 6 lebih-lebih,ada seorang call alin.'nak kereta sewa kancil auto kan'.apa lagi,darah terus membara nak pergi tempat nie.haha.tapi yang orang call tue kibut.kejap ade,kejap tak de kereta.last-last,ade.alhamdullilah:)pukul 8,alin dengan yaya.amik kereta kat shell depan rumah kitaorang.aku gile excited nak tengok kereta tue sampai tunggu kat bawah.lambat la jugak die orang balik,ye lah rumah ngan shell.i1 minit je pun.rupanya dieorang hantar owner tue balik.patut le lama.kitaorang,siap-siap gerak dalam pukul 10 lebih.kitaorang punye bajet rm 40,termasuk duit sewa,minyak,tol dan makanan.kenapa tak termasuk penginapan.jeng,jeng.kita orang tidur dekat stesyen minyak petronas jalan semenyih.kitaorang memang buat keje gile.nie pun disebabkan tak tahu jalan nak pergi broga tue lah.kitaorang ada lah jugak kene kacau kat petronas tue.mana tak ye,4 orang perempuan,tapi nasib kitaorang dalam kereta.tapi kak ida tertinggal kat toilet.tie tue memang gile cuak.nasib tak de ape-ape,saje gedik-gedik menakutkan kita orang.mat-mat motor yang bikin kiteorang cuak.aku anti sikit mat-mat motor cam nie.sivik kurang sikit.dah jadi camtue kitaorang cancel terus tidur kat surau petronas,tak de pintu ok.sangat tidak patut ye,dah la kat situ banyak anjing.anjing masuk saje je.'kalau-kalau'.tidur dekat dengan area dekat cashier tue,ye tidur dalam kereta yang panas.jimat minyak,minyak naik harga la plak kan.last-last tawakal je tidur kat surau tue.syukur dapat jugak tidur walaupun sejuk macam haram.ye kami banyak complain.haha.marilah tengok gambar travel kitaorang.market ok.putrajaya.bukit broga.sungai tekala.













kita orang pun terbangun sebab ade orang nak solat subuh kat surau.semua yang singgah solat,semua nak pergi broga.kitaorang je yang tak tahu jalan.sampai bermalam kat surau.agak malu la.kitaorang gerak pukul 6a.m dari petronas tue.nak tengok sunrise kata kan.gile kan.nampak broga tue tak tinggi sangat.tapi dah naik tercugap-cugap jugak.haha
muka breakfast roti dengan tuna kak ida.
mulut aku tengah mengunya coklat.ye r kasi tenaga sikit.
kat situ pun ade buaian.ala-ala bawang merah bawang putih.



kat sini banyak puncak.4 atau 5.kalau tak silap.tak tahu mana satu puncak broga sebenarye.main redah je


amacam?cantikkan.





amoi cina tolong amik.


konon la!


otomen for ryhan.
abang budak ni,bawak iphone.gila mantap.ye lah budak tue baru 9 tahun kot.dan jugak sangat tak sporting.
fly with hand~










co pilot.bukan ye drive,tapi sebagai ubat hilang mengantuk alin.
driver kami.die sangat gagah ok.
kalau nak mandi-manda,try r kat sini.turun je dari broga,dalam 20 km gitu lah.nanti jumpakubur cina dengan kubur kristian.besar yang amat.

26.6.10

whoa!

lama gile tak berkarya dekat sini.bukan tak hingin nak berkarya tapi.terlalu banyak idea tak dapat nak lontarkan.ceh,ceh.banyak entry di draft kan kerana idea setengah jalan.sekarang dah nak masuk sem baru.whoa!jukh dah sem 3.aku sangat tak suke sem 1.sebab terasa bodoh dengan environment yang baru.ya,saat melangkah ke menara gading.sangat bercelaru time tue,excited,takut,sedih,gembira,macam-macam la.haha,cerita pasal emosi pulak.alhamdulliah.aku dah hidup 18 tahun,7 bulan,20 hari.banyak lagi nak explore dalam hidup nie,dalam masa tue ingat juga akhirat.ntah dalam hati nie,selalu cakap KAU matikanlah aku sebelum kiamat.tak sanggup rasanya nak merasai kiamat tue.takut sangat,masyaALLAH.masa kelas asas kepimpinan,mata pelajaran sangat diwajibkan oleh unisel.ye aku dengan sahabat selalu gak ponteng kelas nie.tapi aku ingat satu ayat ustaz nie'awak kene ingat apa tujuan hidup awak dekat dunia nie'.nasihat yang sangat menusuk hati aku jugala.terus aku senyap,terfikir solat pun tak cukup..entry ini berunsuf muhasabah diri sikit ye.

17.3.10

kisah benar.

untuk melihatkan mereka-mereka yang gelap..hahahaha
dari kiri : ainie,bella,aku,yaya,kina,kak ida,alin

lagi sorang tengah snap picture..

1 kancil dan 8 orang gadis...memang gila bila di dengar..nak di jadikan cerita..alin dan yaya sewa kereta kancil warna putih..dieorang ada hal sikit.malam tue pula,terlintas di fikiran si bella untuk menonton wayang..kitaorang bajet nak tengok my name is khan..tapi tiada rezeki.wolfman yang menepati syarat untuk duduk seat belakang sikit..tak de lah nanti nak mendongak..wolfman,hanya sebuah cerita yang mendatar..masa nak balik pula xde teksi..dengan angkuh lagi bongkak ye..8 gadis menaiki kereta kancil putih..memang iklan sumo milo kat tv..tetiba datang idea nak tengok,pokok dari jauh berlampu lip lap lip lap..masuk lorong tue baru tau,nama tempat tue i-City..dan sudah tutup kerana pukul 12 tengah malam..akhirnya di tengah jalan kitaorang mengila..nie antara gambar-gambarye..nanti kalau ada lebih masa aku upload gambar lagi..