21.1.11

sila jawab..:)

soalan nie aku dapat dekat fb kawan aku nie..nana adnan..pening-pening jawab bai.akhirnya dapat jugak jawab..korang try la..kalau dah dapat..letak jawapan dekat comment...jomlah perah otak..

16.1.11

semua materialistik..harap maklum.

aku runsing memikirkan masa yang mendatang nie..aku seorang penuntut unisel yang yang menuntutkan perbelanjaan sebanyak 5k untuk yuran sahaja..ok.nie bukan berlagak mampu bayar dengan duit mak abah aku..aku takdelah merungut sebab tidak ambil ptptn,malah aku bersyukur adalah..tapi sakit..kau tahu sakit tue apa..yuran+sewa+makan+peribadi=10k=1 sem..ya semua duet mak abah aku..tue pun nasib tinggal aku dengan adik aku je yang tengah belajar..sedih..nangis..nampak ye aku sedang menyesal..bulan april nie aku perlu pergi practical selama 2 bulan..mengelabah.takut.cuak.itulah perasaan aku..ko cuba bayangkan pegang patient yang sakit..ya,kitaorang dekat sini masih belum sentuh patient yang sakit..selama nie kitaorang buat kat patient yang sihat belaka..ya, itu kami..dan juga memerlukan pembelajaan lagi..aku harap sangat aku dapat practical dekat melaka..save duit untuk bayar sewa untuk 1 rumah sahaja..think positive jukh..pasti ada hikmah sebalik ini..'sedapkan hati sendiri'..bagus juga kalau fikir balik macam ini..kalau ko nak ponteng ke nak gagalkan diri tue,lupakan je lah..sebab ye..aku dapat duit daripada titik peluh mak abah aku,dan aku sangat berhutang dengan mak abah..dan mendidiku supaya jangan jadi kacang lupakan kulit.terima kasih mak.terima kasih abah.emosional..........

telintas di hati.itu pasal sedikit emosional..ok..dunia sekarang rm50 hanya sekeping rm 1..kejam,sangat kejam...semua nak naik harga..minyak naik,barang naik,rakyat terbeban..sadis..'rakyat didahulukan'..mungkin kata-kata ini sungguh lancang..tapi ini lah luahan hati orang ramai sekarang..aku ingat lagi lecturer aku cakap'yang kaya makin kaya dan yang miskin makin miskin'..sadis sungguh kata itu...kalau gaji profesor belum tentu 15k..'unisel lah'..ko penat belajar dan research sampai mendapat kan profesor..gaji sungguh tak bebaloi..dan ade lagi kata daripada lecturer itu'kalau orang melayu nak maju,cari lah kerja dekat oversea''bangsa lain mengaut untung di negara kita,dan kita mengaut untung di negara orang'..nampak mementingkan diri dan tidak sayangkan negara tercinta..tetapi maksud tue sangat tersirat..haha..gila lah ayat serius macam ape lakan..aku sangat kagum dengan dahulunya temasek..ke singapura"sila baca dalam bahasa baku'..ke living cities singapore..kagum sangat perubahan itu..mempunyai megaplan yang sangat efektif,inovasi dan kebabom hasilnya..dengan hanya sekangkang kera tanah yang ada..korang cuba bayangkan diaorang mempunyai filter air yang membolehkan air yang busuk itu menjadi 99.99999% air tulin yang diminum orang..wow kan..walau macam manapun,malaysia adalah tanah airku..aku sangat berbangga jadi warganegara malaysia...satu je hal yang tak best..suka buat plan yang tidak membawa keuntungan malah kerugian yang besar'dari mata pandangan aku'...sadis..amboi mulut nak kene cili ke,komen macam tue bagai..haha..ok,post yang akan datang.aku membuat entri khas untuk mak aku punya perniagaan..tunggu ok..'ada ke org baca'