15.9.10

syawal 1431H

sudah lama tak bercerita dekat sini.sampai sekarang baru nak wish
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
aku menyusun 10 jari ini untuk meminta maaf,jika ada perbuatan aku nie telah meyinggung perasaan atau menyakitkan hati korang.kosong kosong ok.tahun ni.first time,kita orang beraya tanpa nenek di pagi syawal.dia telah pulang ke rahmahtullah pada 7 ogos 2010.sebulan 2 hari sebelum syawal pada tahun nie.aku tersangat-sangat terkilan.mana tak ye,pada pagi 7 ogos tue.aku dengan alin,ainie dan kina.telah berpicnic dekat bagan lalang.tapi aku macam dapat satu tarikan untuk balik ke melaka pada minggu tue tapi disebabkan nak picnic punya pasal,tak de ye aku pikir pasal nak balik melaka.aku dapat tahu lambat sebab handphone tak de dekat tangan aku.ye lah aku pun bukanye berkepit dengan handphone 24 jam.pukul 4.30..ainie pun bg phone aku yang aku tinggal dekat dalam khemah kitaorang tue.then aku tengok banyak sangat misscall nie.aku pun call kak ni balik,tapi die tak angkat pun.then,encik nasir ade jugak hantar mesej'nenek dah meninggal'pergh,berderau kot darah time nie.jantung rase macam nak terkeluar dari badan nie.dari bagan terus kitaorang pecut balik melaka.tapi apakan daya aku.nenek dah dikebumi.tak sempat nak menziarahye.aku takdelah menangis macam ape,tapi au terkilan sebab tak dapat lihat dia di last-last waktu ye di muka bumi.conclusion..sila berkepit dengan phone,jangan main campak je'macam aku le tue'..sedih tapi seminggu sebelum tue aku sempat ziarah dia di hospital,sempat jugak lah cium tangan die.kak yah rindu nenek.wah dah menyimpag tau cerita.so,tahun nie jugak lah aku first time menziarah kubur atuk nenek aku.walaupun dah 9 tahun atuk meniggal kan kitaorang.abah tak pernah bawa pergi kubur.abah kata baca yassin kat rumah pun sampai juga dekat sana.sangat sayu lah raya tahun nie yang best ye,abidi dengan kak ni raya melaka tahun nie.ye lah dieorang kan dah berkeluarga.dan yang penatye,adik beradik abah serbu rumah kitaorang.sangat penat,tak sempat nak duduk depan.ye lah abah anak first.dan yang kelakar ye,ketupat 50 biji je.tak sampai tengah hari dah habis.nasib ade ketupat palas.tolong coverkan.dan yang tak best ye,tak sempat nak bergambar baju raya.busy katakan.dan yang paling sentap tahun nie,duit raya makin berkurangan.haha..apa-apapun,aku nak ucapkan selamat hari raya walaupun dah terlambat.